Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Para pengundi tidak putus-putus

<5.00 PM>




Proses Pengundian berjalan lancar

<3.32 PM>

Alhamdulillah, dengan izin Allah, para guru pelatih yang hadir menyempurnakan tanggungjawab untuk memilih KEPEMIMPINAN JPP 2011/2012 semakin bertambah.

PILIHAN RAYA BERSIH INSYAALLAH 

 SABAR YA.. GILIRAN ANDA AKAN SAMPAI...

 PENDAFTARAN AGAK PERLAHAN PADA KETIKA INI KERANA TERDAPAT GURU PELATIH YANG SEDANG LATIHAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) DI PADANG IPG KAMPUS PERLIS

 URUSETIA PENDAFTARAN YANG PENUH KOMITED


KENDERAAN GURU PELATIH MEMENUHI HADAPAN DEWAN INDERA KAYANGAN


Selamat Mengundi Kepada Semua Warga IPG Kampus Perlis

<2.32 PM>
Para guru pelatih mula memenuhi DEWAN INDERA KAYANGAN bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Antara pengundi terawal. Tahniah!! 

 Pengundi sedang memilih calon pilihan dengan menulis KOD CALON

 Dewan mula sesak dengan kehadiran para pengundi. Beratur elok-elok ye..

Urusetia JPRK  yang sedia mengawal keadaan PRK.

Pendaftaran

Saturday, February 19, 2011

Bahang Pilihan Raya Semakin Terasa..

Perang Poster dan Banner mula memeriahkan suasana IPG Kampus Perlis sempena PRK yang akan berlangsung ISNIN ini.


Poster-Poster Calon Memenuhi Tiang Kolej Kediaman



Turut Kelihatan Digantung Poster Di Laluan-Laluan Penting



Turut digantung poster di susur gajah laluan harian guru pelatih ke kelas



Banner dan Poster berdekatan Tempat Mengundi (Dewan Indera Kayangan)


Sokongan padu penyokong-penyokong... 


Banner PRK Kali Ke-3 IPG Kampus Perlis

Wednesday, February 9, 2011

Sekitar Majlis Pembubaran JPP 2009/2010

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah, En Tan Ying Kee sambil disaksikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Elias bin Talib bersama dengan para pegawai HEP dan para pensyarah IPG Kampus Perlis. Maka, dengan ini JPP 2009/2010 secara rasminya dibubarkan dan pilihan raya kampus akan diadakan dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pembubaran JPP oleh Tuan Pengarah.

Majlis Pembubaran JPP telah dimulakan dengan Ucapan Pembubaran oleh Yang Dipertua JPP 2009/2010, Saudara Abdul Muhaimin bin Abd. Hamid, PISMP Pendidikan Agama Islam (A) Semester 7 serta seterusnya perisytiharan pembubaran oleh Tuan Pengarah.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan, borang pencalonan telah diedarkan kepada semua ketua kumpulan. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Saudara Abdul Muhaimin selaku Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (JPRK) Sesi 2011.


Barisan Kepemimpinan JPP 2009/2010


Tahniah


Selepas Pembubaran


Bersedia Untuk Meneruskan Khidmat Seterusnya

Kepada semua mantan JPP 2009/2010. didoakan semoga akan istiqamah dan konsisten dalam meneruskan perjuangan sebagai siswa guru walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam organisasi JPP. 

Selamat Maju Jaya.