Showing posts with label Maklumat Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Pilihan Raya. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Senarai Calon Untuk Panduan Pengundi

Berikut adalah senarai calon bergambar yang akan ditampal di tempat mengundi sebagai panduan untuk para pengundi MENULIS KOD CALON PILIHAN MASING-MASING.








:: SELAMAT MENGUNDI ::

Friday, February 18, 2011

PERATURAN KEMPEN

Sepanjang proses pilihan raya, calon atau wakil-wakil calon berhak menjalankan sebarang kempen yang dirasakan perlu berdasarkan ketetapan-ketetapan berikut:

1.    Kempen hanya boleh dimulakan selepas pengisytiharan calon dilakukan dan mesti dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Kempen pilihan raya adalah berbentuk:
a.    Pengedaran risalah atau surat
b.    Poster
c.    Ceramah tertutup dan ceramah umum
d.    Kempen dari kelas ke kelas atau dari asrama ke asrama
e.    Blog-blog peribadi atau kumpulan
  1. Calon hanya dibenarkan menampal poster, mengedar risalah, surat, ceramah atau sebarang kempen sekitar kawasan kampus sahaja.
  1. Calon-calon juga dibenar membentangkan dan memperjelaskan manifesto masing-masing pada bila-bila masa sepanjang tempoh berkempen. Mereka juga boleh menggunakan bilik kuliah, dewan atau sebarang tempat sekitar IPG Kampus Perlis setelah mendapat persetujuan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
  1. JPRK dan JHEP akan memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah peraturan-peraturan pilihan raya dan peraturan IPG Kampus Perlis tidak dilanggar.
  1. Calon-calon dilarang untuk menyerang sensitiviti atau peribadi calon-calon lain atau pihak-pihak tertentu. Sekiranya berlaku, kelayakan calon akan dilucutkan.
  1. Pihak JPRK akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding jika perlu untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman.
  2. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Semua bahan kempen seperti poster, sepanduk dan sebagainya perlu ditanggalkan dalam tempoh 3 hari selepas hari mengundi.

Thursday, February 10, 2011

Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Kampus Kali Ke-3 IPG Kampus Perlis

PEMBUBARAN JPP & PENGAGIHAN BORANG PENCALONAN
8 FEBRUARI 2011 (SELASA)


PENAMAAN CALON
11 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
8 PAGI - 12 MALAM

PENGUMUMAN & PERISYITIHARAN CALON
14 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

RAPAT UMUM DAN BICARA PEMIMPIN
16 FEBRUARI 2011 (RABU)


HARI MEMBUANG UNDI DAN PENGIRAAN UNDI
21 FEBRUARI 2011 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN INDERA KAYANGAN
MASA : 2 PETANG - 6 PETANG

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
22 FEBRUARI 2011 (SELASA)
TEMPAT : DATARAN ILMU
MASA : 7.30 PAGI

MESYUARAT KHAS PENYUSUNAN ORGANISASI JPP
22 FEBRUARI 2011 (SELASA)
TEMPAT : BILIK TERINAI 1
MASA : 9 PAGI


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JPP 2011/2012
1 MAC 2011 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN INDERA KAYANGAN
MASA : 8 PAGI

Kelayakan Pemilih

Semua pelajar PPISMP, PISMP serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sepenuh masa yang masih belajar pada tahun pilihan raya diadakan adalah layak untuk membuang undi.

Kelayakan Calon

Bagi memastikan semua pelajar terlibat dalam proses demokrasi ini, setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya seorang calon. Dalam sistem pilihan raya IPG ini, calon yang bertanding untuk menjadi ahli JPP hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Calon hendaklah pelajar sepenuh masa IPG Kampus Perlis. Calon masih bergelar pelajar pada tahun pilihan raya diadakan.
  • Calon tidak terlibat dengan kesalahan-kesalahan disiplin yang termaktub dalam Akta 174 atau mana-mana kes disiplin.
  • Calon-calon yang pernah menjadi ahli JPP masih layak untuk bertanding semula pada pilihan raya kali ini tetapi hendaklah mempunyai rekod yang baik pada penggal sebelumnya.
  • Setiap calon hendaklah mempunyai Purata Gred Mata Terkumpul (PMGT) sekurang-kurangnya 3.00 ke atas serta sahsiah yang mulia di samping mempunyai daya kepimpinan yang baik.

Yuran Pencalonan dan Wang Deposit Pilihan Raya

Yuran penyertaan beserta wang deposit berjumlah RM10 perlu disertakan semasa mengemukakan borang penamaan calon kepada pihak JPRK. Wang deposit sebanyak RM5 hanya akan dikembalikan setelah bahan-bahan kempen seperti poster, sepanduk dan sebagainya ditanggalkan serta diturunkan sehingga kawasan kampus kelihatan seperti sedia kala.

Jawatan Yang Dipertandingkan

Jumlah jawatan yang dipertandingkan ialah sebanyak 28 kerusi yang diperuntukkan kepada calon-calon daripada pelajar-pelajar PPISMP dan PISMP yang sedang berkursus pada tahun semasa. Perjawatan JPP adalah berdasarkan permuafakatan calon-calon yang menang atas persetujuan Pengarah IPG Kampus Perlis dan tidak berdasarkan bilangan undi yang diperolehi.


Berikut ialah kuota ahli JPP IPG Kampus Perlis :

  • PISMP Semester 5 = 6 orang (3 Lelaki & 3 Perempuan)
  • PISMP Semester 3 = 10 orang (5 Lelaki & 5 Perempuan)
  • PISMP Semester 1 = 8 orang (4 Lelaki & 4 Perempuan)
  • PPISMP Semester 2 = 4 orang (2 Lelaki & 2 Perempuan)
Jumlah kuota keseluruhannya adalah 28 orang (14 Lelaki dan 14 Perempuan)