Thursday, February 10, 2011

Kelayakan Pemilih

Semua pelajar PPISMP, PISMP serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sepenuh masa yang masih belajar pada tahun pilihan raya diadakan adalah layak untuk membuang undi.

Kelayakan Calon

Bagi memastikan semua pelajar terlibat dalam proses demokrasi ini, setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya seorang calon. Dalam sistem pilihan raya IPG ini, calon yang bertanding untuk menjadi ahli JPP hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Calon hendaklah pelajar sepenuh masa IPG Kampus Perlis. Calon masih bergelar pelajar pada tahun pilihan raya diadakan.
  • Calon tidak terlibat dengan kesalahan-kesalahan disiplin yang termaktub dalam Akta 174 atau mana-mana kes disiplin.
  • Calon-calon yang pernah menjadi ahli JPP masih layak untuk bertanding semula pada pilihan raya kali ini tetapi hendaklah mempunyai rekod yang baik pada penggal sebelumnya.
  • Setiap calon hendaklah mempunyai Purata Gred Mata Terkumpul (PMGT) sekurang-kurangnya 3.00 ke atas serta sahsiah yang mulia di samping mempunyai daya kepimpinan yang baik.

Yuran Pencalonan dan Wang Deposit Pilihan Raya

Yuran penyertaan beserta wang deposit berjumlah RM10 perlu disertakan semasa mengemukakan borang penamaan calon kepada pihak JPRK. Wang deposit sebanyak RM5 hanya akan dikembalikan setelah bahan-bahan kempen seperti poster, sepanduk dan sebagainya ditanggalkan serta diturunkan sehingga kawasan kampus kelihatan seperti sedia kala.

Jawatan Yang Dipertandingkan

Jumlah jawatan yang dipertandingkan ialah sebanyak 28 kerusi yang diperuntukkan kepada calon-calon daripada pelajar-pelajar PPISMP dan PISMP yang sedang berkursus pada tahun semasa. Perjawatan JPP adalah berdasarkan permuafakatan calon-calon yang menang atas persetujuan Pengarah IPG Kampus Perlis dan tidak berdasarkan bilangan undi yang diperolehi.


Berikut ialah kuota ahli JPP IPG Kampus Perlis :

  • PISMP Semester 5 = 6 orang (3 Lelaki & 3 Perempuan)
  • PISMP Semester 3 = 10 orang (5 Lelaki & 5 Perempuan)
  • PISMP Semester 1 = 8 orang (4 Lelaki & 4 Perempuan)
  • PPISMP Semester 2 = 4 orang (2 Lelaki & 2 Perempuan)
Jumlah kuota keseluruhannya adalah 28 orang (14 Lelaki dan 14 Perempuan)

Borang Pencalonan

Borang Pencalonan boleh dicetak sendiri oleh mana-mana calon yang berminat untuk bertanding atau boleh hubungi Saudara Abdul Muhaimin bin Abd. Hamid (0194601170) untuk mendapatkan borang tersebut.

Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar oleh calon atau ketua kelas kepada :

 1. Abdul Muhaimin bin Abd. Hamid, 
     D-102 (0194601170)
     PISMP PA (A) Semester 7
 2. Munirah binti Mohamed Abdul Halim, 
     A-114 (0134059482)
     PISMP PA (B) Semester 7

Wednesday, February 9, 2011

Sekitar Majlis Pembubaran JPP 2009/2010

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah, En Tan Ying Kee sambil disaksikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En Elias bin Talib bersama dengan para pegawai HEP dan para pensyarah IPG Kampus Perlis. Maka, dengan ini JPP 2009/2010 secara rasminya dibubarkan dan pilihan raya kampus akan diadakan dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pembubaran JPP oleh Tuan Pengarah.

Majlis Pembubaran JPP telah dimulakan dengan Ucapan Pembubaran oleh Yang Dipertua JPP 2009/2010, Saudara Abdul Muhaimin bin Abd. Hamid, PISMP Pendidikan Agama Islam (A) Semester 7 serta seterusnya perisytiharan pembubaran oleh Tuan Pengarah.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan, borang pencalonan telah diedarkan kepada semua ketua kumpulan. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Saudara Abdul Muhaimin selaku Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (JPRK) Sesi 2011.


Barisan Kepemimpinan JPP 2009/2010


Tahniah


Selepas Pembubaran


Bersedia Untuk Meneruskan Khidmat Seterusnya

Kepada semua mantan JPP 2009/2010. didoakan semoga akan istiqamah dan konsisten dalam meneruskan perjuangan sebagai siswa guru walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam organisasi JPP. 

Selamat Maju Jaya.

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa MAJLIS PEMBUBARAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

TARIKH  :  8 FEBRUARI 2011 BERSAMAAN 5 RABIUL AWAL 1432 H
MASA       :  7.30 PAGI
TEMPAT  :  DATARAN ILMU IPG KAMPUS PERLIS
Tahniah kepada semua Kepemimpinan JPP Sesi 2009/2010 atas khidmat cemerlang sepanjang menjalankan tugas dan memikul amanah besar sebagai suara mahasiswa guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Kepada semua warga IPG Kampus Perlis, bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kampus.