Friday, February 18, 2011
PERATURAN KEMPEN
Sepanjang proses pilihan raya, calon atau wakil-wakil calon berhak menjalankan sebarang kempen yang dirasakan perlu berdasarkan ketetapan-ketetapan berikut:
1. Kempen hanya boleh dimulakan selepas pengisytiharan calon dilakukan dan mesti dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Kempen pilihan raya adalah berbentuk:
a. Pengedaran risalah atau surat
b. Poster
c. Ceramah tertutup dan ceramah umum
d. Kempen dari kelas ke kelas atau dari asrama ke asrama
e. Blog-blog peribadi atau kumpulan
- Calon hanya dibenarkan menampal poster, mengedar risalah, surat, ceramah atau sebarang kempen sekitar kawasan kampus sahaja.
- Calon-calon juga dibenar membentangkan dan memperjelaskan manifesto masing-masing pada bila-bila masa sepanjang tempoh berkempen. Mereka juga boleh menggunakan bilik kuliah, dewan atau sebarang tempat sekitar IPG Kampus Perlis setelah mendapat persetujuan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).
- JPRK dan JHEP akan memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah peraturan-peraturan pilihan raya dan peraturan IPG Kampus Perlis tidak dilanggar.
- Calon-calon dilarang untuk menyerang sensitiviti atau peribadi calon-calon lain atau pihak-pihak tertentu. Sekiranya berlaku, kelayakan calon akan dilucutkan.
- Pihak JPRK akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding jika perlu untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman.
- Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Semua bahan kempen seperti poster, sepanduk dan sebagainya perlu ditanggalkan dalam tempoh 3 hari selepas hari mengundi.
Wednesday, February 16, 2011
Senarai Calon Yang Menang Tanpa Bertanding
Berikut adalah senarai calon yang menang tanpa bertanding :
- ABDUL HANNAN BIN ABDUL RAHMAN (PISMP SAINS JAN 2010)
- CHAM KAI JIE (PISMP PS JAN 2010)
- CHONG CHEE LUN (PISMP MTE JAN 2011)
- CHOW KIN YEW (PISMP BC JAN 2010)
- HAZWAN BIN MOHD YUSOF (PIMP PJ-B JAN 2010)
- MOHD SYAMEER BIN MOHD JAMIL (PISMP PA-A JAN 2011)
- MUHAMMAD HILMI BIN AHMAD SHUKRI (PISMP BM-A JAN 2011)
- RABIATUL ADAWIYAH BINTI ZULKIPLI (PISMP PRASEKOLAH JAN 2009)
- SHAHRUL FAZLI BIN ADNAN (PISMP RBT-B JAN 2011)
Pihak JPRK mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada semua calon yang telah terpilih secara automatik sebagai ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012.
Monday, February 14, 2011
Perisytiharan Calon
Pihak JPRK memohon maaf atas kelewatan pengumuman calon atas beberapa masalah teknikal.
InsyaAllah senarai CALON YANG MENANG TANPA BERTANDING dan CALON YANG AKAN BERTANDING akan diumumkan pada hari ini juga JAM 5 PETANG.
InsyaAllah senarai CALON YANG MENANG TANPA BERTANDING dan CALON YANG AKAN BERTANDING akan diumumkan pada hari ini juga JAM 5 PETANG.
Friday, February 11, 2011
HARI PENAMAAN CALON
HARI PENAMAAN CALON
11 FEBRUARI 2011 (8 RABIUL AWAL 1432 H)
BORANG PENAMAAN CALON YANG TELAH LENGKAP DIISI HENDAKLAH DIHANTAR OLEH KETUA KELAS ATAU CALON ITU SENDIRI BERSAMA YURAN PENYERTAAN DAN WANG DEPOSIT SEBANYAK RM10 DARI JAM 8 PAGI – 12 MALAM KEPADA :
1. ABDUL MUHAIMIN BIN ABD. HAMID
PISMP PA(A) SEM 7, 0194601170, D-102
2. MUNIRAH BINTI MOHAMED ABDUL HALIM
PISMP PA(B) SEM 7, 0134059482, A-114
BORANG PENCALONAN JUGA BOLEH DIHANTAR DI BILIK GERAKAN JPRK (BILIK WARDEN- KOLEJ KEDIAMAN MELATI 3) YANG AKAN DIBUKA PADA JAM 2.45 PETANG – 12 TGH MALAM.
Thursday, February 10, 2011
Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Kampus Kali Ke-3 IPG Kampus Perlis
PEMBUBARAN JPP & PENGAGIHAN BORANG PENCALONAN
8 FEBRUARI 2011 (SELASA)
PENAMAAN CALON
11 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
8 PAGI - 12 MALAM
PENGUMUMAN & PERISYITIHARAN CALON
14 FEBRUARI 2011 (ISNIN)
RAPAT UMUM DAN BICARA PEMIMPIN
16 FEBRUARI 2011 (RABU)
HARI MEMBUANG UNDI DAN PENGIRAAN UNDI
21 FEBRUARI 2011 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN INDERA KAYANGAN
MASA : 2 PETANG - 6 PETANG
PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
22 FEBRUARI 2011 (SELASA)
TEMPAT : DATARAN ILMU
MASA : 7.30 PAGI
MESYUARAT KHAS PENYUSUNAN ORGANISASI JPP
22 FEBRUARI 2011 (SELASA)
TEMPAT : BILIK TERINAI 1
MASA : 9 PAGI
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JPP 2011/2012
1 MAC 2011 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN INDERA KAYANGAN
MASA : 8 PAGI
Subscribe to:
Posts (Atom)
